Saturday, 29 June 2013

motivasi pagi

Enam Cara Motivasi Diri Waktu Pagi :)

1.  Bersyukur.
- Bersyukur anda diberikan kesempatan lagi untuk meneruskan hidup ini. Ambil kesempatan yang ada untuk melakukan yang terbaik lebih baik dari semalam. 

2.  Tekadkan bermotivasi.
- Pasang niat agar anda lebih bersemangat untuk memulakan hidup baru. Dapatkan beberapa petikan artikel yang boleh memotivasikan diri anda dalam seminit ke dua minit,

3.  Tekadkan diri.
-  Sebelum keluar ke tempat kerja, anda boleh juga menonton rancangan motivasi pagi di televisyen untuk membangunkan perasaan motivasi dalam diri untuk berjaya. Motivasi diri ini perlu sentiasa dijaga kerana akan berlaku sebaliknya jika tidak dijaga dengan betul kerana anda akan berasa lemah dan tidak bersemangat.

4.  Mulakan segala perbuatan dengan Bismillah.
-  Jadikan amalan membaca Bismillah sebagai pendinding diri daripada gangguan dan bisikan perkara yang kurang elok. Lalu anda akan berasa lebih bersemangat untuk melakukan sebarang pekerjaan. Rekod cemerlang akan diterima nanti. 

5.  Lihat warna cerah. 
-  Warna boleh mempengaruhi emosi individu. Warna yang cerah membuatkan individu itu energetik, ceria dan penuh dengan idea. Lihatlah setiap pagi warna seperti kuning, merah, biru dan hijau. Ia juga mampu mengubah mood anda menjadi lebih positif.

6.  Memaafkan.
-  Memaafkan kesalahan orang lain pada waktu pagi dan jangan menyimpan dendam lama di dalam hati. Maafkan kesalahan semuanya dari dulu sehingga sekarang. Lepaskan dendam dan tak puas hati dengan aktiviti yang lebih sihat agar anda melupakan kesalahan mereka itu. 

Andai emosi negatif ini tidak dibuang terlebih dulu dan dibiarkan bersarang dalam hati, maka anda tidak akan bersemangat untuk memulakan hidup baru. 

No comments:

Post a Comment